Apa Itu Akaun CDS Dan Akaun Trading Saham? nak melabur saham?


Aku nak melabur saham la, tapi apa itu akaun cds ? dan akaun trading ? sebelum nak mula melabur di Bursa Malaysia.

Apa Itu Akaun CDS?

1. Akaun CDS - central depository system
- tujuan akaun CDS ini berfungsi untuk mengemaskini saham, urusan jual beli dan lain-lain . dan yang paling best semua urusan di hujung jari secara online . 

2.Dimana boleh buka akaun CDS?
- korang boleh buka akaun CDS dimana-mana sahaja bank pelaburan dan syarikat broker yang berdaftar 
dengan Bursa Malaysia

3.Bank dan broker mana yang berdaftar?
- Di malaysia banyak bank-bank pelaburan dan broker yang berdaftar antaranya ialah Malacca Securities, Maybank Investment BankKenanga Investment BankRHB Investment Bank ,dan Public Investment Bank. boleh lihat senarai broker saham di bawah


2 Kategori Akaun CDS

Seperti yang kita tahu,bank simpanan pun ada islamik dan konvensional,begitu juga Akaun CDS ini pun ada

  1. Akaun CDS Islamik
  2. Akaun CDS Konvensional


- CDS islamik hanya boleh membeli saham yang syariah,dan jika cuba membeli saham yang tidak patuh syariah sistem akan automatik membatalkan pembelian

- CDS konvensional pula boleh membeli saham-saham yang syariah atau pun tidak , dan boleh membeli saham menggunakan limit

Video penerangan akaun CDS islamik dan konvensional

baik itu sahaja untuk hari ini - nanti banyak lagi yang akan saya kongsikan
untuk pembukaan akaun CDS bersama mahersaham dengan remisier MAHER ALIAS boleh tekan link ini

https://t.me/panduanuntukbukaakaunCDS





Comments