MACAM MANA NAK BUKA AKAUN CDS SAHAM?


Nak buka akaun CDS dan Melabur saham, tapi macam mana ye?

- Baik saya akan kongsikan macam mana korang nak buka akaun CDS , lepastu dah boleh jual dan beli saham saham yang tersenarai di Bursa Malaysia


1 . korang kena pilih dulu bank pelaburan atau broker yang mana korang nak buka

- korang boleh tengok senarai bank pelaburan dan broker ini di web bursa malaysia . antaranya RHB investment bank,CIMB investment bank,Maybank investment,Malacca securities sdn bhd dan banyak lagi . ini semua bergantung pada anda untuk buat perbandingan atau pilihan kerana setiap bank mempunyai perbezaan kelebihan dan kekurangan masing-masing seperti brokerage fee dan lain-lain .

2. korang kena isi borang / yang terkini ada yang boleh mengisi borang secara online

- okay proses seterusnya ialah mengisi borang pembukaan akaun trading & CDS yang disediakan oleh bank pelaburan/syarikat broker tersebut .
- anda perlu sediakan dokumen seperti salinan kad pengenalan dan salinan penyata bank .
- anda juga perlu bayar kos pemprosesan RM10 
- pengaktifan akaun mengambil masa 3 ke 7 hari bekerja .

3. korang akan diperkenalkan dengan remisier/dealer 

- okay remisier ini ialah individu yang bertanggungjawab mewakili pihak broker atau bank pelaburan tersebut untuk membantu anda 
-jadi pilihlah remisier yang terbaik mengikut pilihan korang 

4. korang akan dapat emel

 menerima emel daripada bank pelaburan/broker, selepas akaun CDS anda siap , pihak bank pelaburan/broker akan emel anda username dan password trading akaun . jadi dengan username dan password itulah anda akan buka platform/applikasi yang boleh membuat jual-beli saham

5. Install apps di phone atau boleh je buka di browser

- haa inilah proses akhir . bila dah siap semua anda kena la buka platform untuk jual beli ( mengikut bank pelaburan yang anda buka) .
anda boleh download apps atau buka di web browser untuk login dan boleh mulakan jual-beli saham anda .

video cara buka akaun CDS MPLUS





Comments